Sunday, 16 December 2012

PELAN PRODUK PRUBSN

A. PruBSN FirstLink – Untuk Belia / Remaja


  1. Umur : 19 - 25 Tahun.
  2. Bayaran Minimum : RM100 Sebulan Seorang
  3. Pelan Matang : Umur 80 - 100 Tahun.

Cara Membuat Tuntutan / Claim Bonus AchieveFirst :

1. Pastikan bayaran sumbangan anda adalah terkini.
2. Buat satu salinan yang disahkan benar bagi dokumen-dokumen.
3. Serahkan salinan di mana-mana cawangan kami di seluruh negara.
4. Selepas ia disahkan, kami akan memberikan anda cek untuk pencapaian anda.


B. PruBSN SmartLink - Pelan Bijak Untuk Masa Hadapan Anak Anda

  1. Umur : 1 - 18 Tahun.
  2. Bayaran Minimum : RM 50 Sebulan Seorang.
  3. Pelan Matang : Umur 25 @ 80 @ 100 Tahun.
  4. Boleh mengambil pelan untuk anak di dalam kandungan yang hamil lebih dari 20 minggu.


Cara Membuat Tuntutan (Claim) EduSmart Bonus:

1. Pastikan bayaran sumbangan anda adalah terkini.
2. Buat satu salinan yang disahkan benar bagi sijil peperiksaan asal anak anda.
3. Serahkan salinan di mana-mana cawangan kami di seluruh negara.
4. Selepas ia disahkan, kami akan memberikan anda cek untuk pencapaian anak anda.


TAMBAHAN :

1.  Lindungi anak anda daripada 9 penyakit khusus sewaktu mereka masih kecil melalui rider terbaru kami, Vital Care.
2.  Kukuhkan lagi dengan Crisis Shield untuk perlindungan jangka panjang terhadap 36 penyakit kritikal.
3. Tingkatkannya lagi dengan Hospital Benefit atau Medical Cover untuk perlindungan tambahan bagi kemasukan ke hospital.



C. PruBSN TakafulLink – Untuk Umur 26 hingga 70 Tahun / Sudah Berumahtangga / Berkeluarga

  1. Umur : 26 - 70 Tahun.
  2. Bayaran : Minimum RM100 Sebulan Seorang.


MAKLUMAT PENTING

1.  Amaun sumbangan sebenar bergantung kepada :
        i.          Umur
      ii.          Amaun perlindungan
     iii.          Umur Kematangan Yang Dipilih
     iv.          Status Kesihatan
      v.          Jantina
     vi.          Pekerjaan
   vii.          Tempoh Perlindungan

2. Anda perlu membayar secara tetap sehingga pelan matang bagi memastikan anda dan anak anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.

3.  Pelan ini boleh dibatalkan melalui permohonan bertulis kepada kami dalam tempoh lima belas (15) hari daripada  penghantaran dokumen sijil, yang mana kami akan membayar balik sumbangan yang tidak diperuntukkan, sebarang caj  Tabarru’ dan perkhidmatan yang telah ditolak daripada sumbangan yang diterima daripada anda termasuk baki nilai unit di dalam akaun anda pada harga unit pada tarikh penilaian yang berikutnya ditolak sebarang perkhidmatan perubatan oleh PruBSN semasa membuat penilaian risiko di bawah sijil.







PENGECUALIAN / EXCEPTION

PruBSN Link Series tidak melindungi situasi berikut. Sekiranya salah satu daripadanya berlaku, manfaat yang ditawarkan di bawah pelan TIDAK AKAN dibayar kepada anda.

  1. Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan sijil.
  2. Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku akibat percubaan membunuh diri dan mencederakan diri sendiri.
  3.  Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku kerana anda terlibat di dalam aktiviti udara berbahaya (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan.
  4. Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti penyakit sedia ada dan sebagainya semasa anda memohon pelan ini.
  5. Jika kemasukan ke hospital disebabkan oleh penyakit yang bermula dalam tempoh 30 hari daripada tarikh sijil.
  6. Jika simptom penyakit kritikal bermula dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh sijil untuk serangan jantung, penyakit jantung arteri koronari yang memerlukan pembedahan, kanser atau penyakit jantung arteri koronari serius yang lain sementara dalam tempoh 30 hari untuk mana-mana penyakit kritikal lain.

Semua pengecualian dan had di atas adalah tidak terhad dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.



Panduan Membuat Penyerahan Tuntutan :

  1. Sila sertakan Borang Tuntutan PruBSN bagi setiap penyerahan dan nyatakan jenis tuntutan hendak dibuat.
  2. Sila jawab semua soalan-soalan sepenuhnya dan mengisi sendiri butiran yang tepat di dalam Borang Tuntutan melainkan bagi situasi tertentu.
  3. Sila pastikan tandatangan di dalam Borang Tuntutan dan/atau bagi sebarang pengisytiharan dan kebenaran dengan jelas seperti di dalam borang cadangan.
  4. Sila serahkan resit-resit asal melainkan anda telah menyerahkannya kepada syarikat insurans/pengendali takaful lain bagi tuntutan yang sama, di mana salinan resit dan surat penyelesaian tersebut diperlukan.
  5. Sila serahkan resit individu bagi setiap perundingan/rawatan.
  6. Sila serahkan bukti kecederaan bagi keadaan yang teruk (seperti filem & laporan X-ray, gambar dan sijil sakit).
  7. Tidak menggunakan borang tuntutan syarikat insurans/pengendali takaful lain.
  8. Tidak menconteng atau menggunakan tulisan bersambung yang sukar untuk dibaca.
  9. Tidak meniru tandatangan peserta atau orang yang dilindungi.

1 comment:

  1. Salam.. tak dapat pun bonus edu smart ni..pening

    ReplyDelete