Mengapa Wanita Perlukan Insuran?
Prudential BSN Takaful
MENGAPA WANITA PERLUKAN
INSURANS
Oleh kerana wanita hari ini begitu istimewa dan memainkan peranan yang sama
pentingnya dengan kaum lelaki, mereka memerlukan perancangan insurans yang
sempurna, bagi memastikan kehidupan dan masa depan mereka terjamin.
UNTUK MELINDUNGI
KEBAJIKAN SENDIRI
Sebab utama mengapa wanita memerlukan insurans, adalah kerana kehidupannya yang
mudah terdedah kepada pelbagai risiko penyakit dan masalah kehidupan.
Anda perlu sedar bahawa, semakin meningkat umur anda, semakin tinggi risiko
untuk anda menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya. Sebagai contoh,
penyakit yang pada awalnya disangka apendiks, rupa-rupanya adalah kanser usus.
Benjolan yang disangka ketumbuhan biasa (cyst), rupa-rupanya kanser payudara.
Suami yang anda harapkan sebagai pelindung kebajikan, rupa-rupanya dialah yang
pertama menuntut cerai kerana tidak sanggup untuk menjaga anda yang sudah tidak
berupaya.
Kejadian seperti di atas sudah banyak kali berlaku dan sebagai wanita bijak,
jangan anggap apa yang berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku ke atas
diri anda. Sebab itulah anda perlu melindungi sumber kewangan anda sekarang.
Anda juga perlu sedar bahawa, dari segi statistik, wanita biasanya hidup lebih
lama dari lelaki (mencecah umur 75 hingga 80 tahun).
Dan jika anda hidup lebih lama, anda tentunya memerlukan wang untuk menyara
hidup anda. Masalahnya, siapa akan menyara hidup anda, jika anda sudah tidak
bekerja lagi?
Kata orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 8 orang anak. Tetapi dalam
realiti kehidupan sekarang, 8 orang anak, belum tentu sanggup menjaga seorang
ibu!
Anda mungkin menjadi suatu beban kepada anak anda sendiri. Lebih-lebih lagi
apabila anda sering sakit, kurang upaya, menumpang rumahnya atau mengharapkan
wang bulanan darinya.
Untuk mengatasi masalah sebegini, anda perlu membuat simpanan persaraan mulai
sekarang, agar anda dapat meneruskan kehidupan anda, tanpa memerlukan bantuan
dari sesiapa, termasuklah dari anak anda sendiri.
Menyimpan dari sekarang, kurang peritnya berbanding menyimpan ketika umur sudah
hampir bersara. Ini kerana, untuk mengumpulkan tabung persaraan sebanyak
RM100,000 anda hanya perlu menyimpan RM334 sebulan ketika berumur 30 tahun,
berbanding RM1,667 sebulan ketika berumur 50 tahun.
UNTUK MELINDUNGI
KEPENTINGAN KE ATAS SUAMI
Bagi wanita yang bergantung pendapatan dari suami, tidak kira sama ada anda
seorang suri rumah, bekerja atau berniaga, anda memerlukan insurans bagi
menjamin nafkah yang berterusan dari suami.
Sekiranya semalam suami anda hilang keupayaan untuk bekerja, sama ada akibat
sakit atau kemalangan, gaji bulanannya juga akan terhenti setakat itu sahaja.
Kalau ketika suami masih sihat pun, anda sudah mengeluh tentang perbelanjaan
keluarga yang terpaksa anda tanggung bersama, cuba anda bayangkan, betapa
sengsaranya hidup anda apabila terpaksa menanggung kesemuanya?
Lebih-lebih lagi apabila suami anda ada banyak hutang pinjaman yang perlu anda
selesaikan, terutamanya apabila anda menjadi penjamin dan pewaris kepada
hutangnya.
Oleh sebab itulah, anda perlu melindungi sumber pendapatan suami dan kos
perubatannya agar kehidupan anda sendiri tidak terjejas nanti.
UNTUK MENJAMIN MASA
DEPAN ANAK
Bagi wanita yang mempunyai impian untuk melihat anaknya melanjutkan pelajaran
ke peringkat tinggi (IPT), anda perlu membuat simpanan pendidikan mulai
sekarang, agar impian tersebut tidak musnah di tengah jalan.
Simpanan untuk pendidikan anak, perlu anda seimbangkan dengan perlindungan
kebajikannya terutamanya dari segi perubatan hospital. Jika anda hanya
menyimpan sahaja, tetapi tidak melindungi kebajikannya, suatu hari nanti, anda
pasti akan menebus-semula simpanan tersebut, bagi menampung kos perubatan
hospitalnya.
UNTUK MENGHARGAI JASA
BAIK IBU BAPA
Bagi wanita yang masih mempunyai ibu bapa, anda mungkin terpaksa
mengeluarkan belanja yang banyak ketika ibu bapa sakit atau ketika mereka
memerlukan penjagaan. Anda mungkin terpaksa berhutang di sana sini semata-mata
untuk mengambil hati ibu bapa yang sudah banyak berjasa membesarkan anda selama
ini.
Mengambil insurans perubatan dan insurans warga emas, adalah salah satu cara
paling efektif untuk menghargai jasa ibu bapa kita yang sudah tua.
Bukan sahaja anda dapat menyediakan rawatan hospital yang sempurna untuk
mereka, malahan pelbagai kos penjagaan juga dapat anda ganti-semula melalui
pampasan insurans yang anda belikan untuk mereka.
No comments:
Post a Comment