- Umur
: 19 - 25 Tahun.
- Bayaran
Minimum : RM100 Sebulan Seorang
- Pelan
Matang : Umur 80 - 100 Tahun.
Cara Membuat
Tuntutan / Claim Bonus AchieveFirst :
1.
Pastikan bayaran sumbangan anda adalah terkini.
2. Buat satu salinan yang
disahkan benar bagi dokumen-dokumen.
3. Serahkan salinan di
mana-mana cawangan kami di seluruh negara.
4. Selepas ia disahkan,
kami akan memberikan anda cek untuk pencapaian anda.
B. PruBSN
SmartLink - Pelan Bijak Untuk Masa Hadapan Anak Anda
- Umur
: 1 - 18 Tahun.
- Bayaran
Minimum : RM 50 Sebulan Seorang.
- Pelan
Matang : Umur 25 @ 80 @ 100 Tahun.
- Boleh
mengambil pelan untuk anak di dalam kandungan yang hamil lebih dari 20
minggu.
Cara Membuat
Tuntutan (Claim) EduSmart Bonus:
1. Pastikan
bayaran sumbangan anda adalah terkini.
2.
Buat satu salinan yang disahkan benar bagi sijil peperiksaan asal anak anda.
3.
Serahkan salinan di mana-mana cawangan kami di seluruh negara.
4.
Selepas ia disahkan, kami akan memberikan anda cek untuk pencapaian anak anda.
TAMBAHAN :
1. Lindungi
anak anda daripada 9 penyakit khusus sewaktu mereka masih kecil melalui rider
terbaru kami, Vital Care.
2. Kukuhkan
lagi dengan Crisis Shield untuk
perlindungan jangka panjang terhadap 36 penyakit kritikal.
3. Tingkatkannya lagi dengan Hospital
Benefit atau Medical
Cover untuk perlindungan tambahan bagi kemasukan ke
hospital.
C. PruBSN TakafulLink – Untuk Umur 26 hingga 70 Tahun
/ Sudah Berumahtangga / Berkeluarga
- Umur
: 26 - 70 Tahun.
- Bayaran
: Minimum RM100 Sebulan Seorang.
MAKLUMAT
PENTING
1. Amaun sumbangan sebenar bergantung kepada :
i.
Umur
ii.
Amaun perlindungan
iii.
Umur Kematangan Yang Dipilih
iv.
Status Kesihatan
v.
Jantina
vi.
Pekerjaan
vii.
Tempoh Perlindungan
2. Anda perlu
membayar secara tetap sehingga pelan matang bagi memastikan anda dan anak anda
dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk
berbuat demikian mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.
3. Pelan ini boleh dibatalkan melalui permohonan
bertulis kepada kami dalam tempoh lima belas (15) hari daripada penghantaran dokumen sijil, yang mana kami
akan membayar balik sumbangan yang tidak diperuntukkan, sebarang caj Tabarru’ dan perkhidmatan yang telah ditolak
daripada sumbangan yang diterima daripada anda termasuk baki nilai unit di
dalam akaun anda pada harga unit pada tarikh penilaian yang berikutnya ditolak
sebarang perkhidmatan perubatan oleh PruBSN semasa membuat penilaian risiko di
bawah sijil.
PENGECUALIAN
/ EXCEPTION
PruBSN
Link Series tidak melindungi
situasi berikut. Sekiranya salah satu daripadanya berlaku, manfaat yang
ditawarkan di bawah pelan TIDAK
AKAN dibayar kepada anda.
- Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri
dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan sijil.
- Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh
berlaku akibat percubaan membunuh
diri dan mencederakan diri
sendiri.
- Jika
hilang upaya kekal dan menyeluruh
berlaku kerana anda terlibat di dalam aktiviti
udara berbahaya (termasuk payung
terjun dan penerjunan udara)
melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang
membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan
biasa dan ditetapkan.
- Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting
seperti penyakit sedia ada dan
sebagainya semasa anda memohon pelan ini.
- Jika kemasukan ke hospital disebabkan
oleh penyakit yang bermula dalam
tempoh 30 hari daripada tarikh sijil.
- Jika simptom penyakit kritikal bermula
dalam tempoh 60 hari sebelum
tarikh sijil untuk serangan jantung, penyakit jantung arteri koronari yang
memerlukan pembedahan, kanser atau penyakit jantung arteri koronari serius
yang lain sementara dalam tempoh 30 hari untuk mana-mana penyakit kritikal
lain.
Semua pengecualian dan had di atas adalah tidak terhad dan anda perlu merujuk
kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.
Panduan
Membuat Penyerahan Tuntutan :
- Sila sertakan Borang Tuntutan PruBSN bagi setiap
penyerahan dan nyatakan jenis
tuntutan hendak dibuat.
- Sila jawab semua soalan-soalan
sepenuhnya dan mengisi sendiri
butiran yang tepat di dalam Borang Tuntutan melainkan bagi situasi
tertentu.
- Sila pastikan tandatangan di dalam Borang Tuntutan
dan/atau bagi sebarang pengisytiharan dan kebenaran dengan jelas seperti
di dalam borang cadangan.
- Sila serahkan resit-resit asal
melainkan anda telah menyerahkannya kepada syarikat insurans/pengendali
takaful lain bagi tuntutan yang sama, di mana salinan resit dan surat
penyelesaian tersebut diperlukan.
- Sila serahkan resit individu bagi setiap
perundingan/rawatan.
- Sila serahkan bukti kecederaan bagi keadaan
yang teruk (seperti filem &
laporan X-ray, gambar dan sijil sakit).
- Tidak
menggunakan borang tuntutan syarikat insurans/pengendali takaful lain.
- Tidak
menconteng
atau menggunakan tulisan bersambung yang sukar untuk dibaca.
- Tidak meniru
tandatangan peserta
atau orang yang dilindungi.
Salam.. tak dapat pun bonus edu smart ni..pening
ReplyDelete